SelaMat MeNyambut Bulan RaMadhaN...  

Khamis, 20 Ogos 2009



Beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan hikmat jika berpuasa dengan sempurna dan mengikut tertibnya. Bulan Ramadhan juga memiliki malam Lailatul qadar yang penuh seribu kemanisan yang tidak terhingga dan hanya mereka sahaja yang terpilih oleh-Nya dan bertuah pada malam itu. Bulan Ramadhan mengajar umat Islam erti kesabaran dan ketaatan kepada Allah SWT. Menyedarkan umat Islam tentang kesusahan yang dihadapi oleh mereka-mereka yang daif dan miskin.

Bulan mulia ini juga menyeru umat Islam agar melunaskan dan membersihkan harta dengan zakat fitrah untuk membantu golongan-golongan miskin dan fakir serta mereka-mereka yang memerlukannya. Islam begitu menjaga kebajikan semua umatnya agar tidak wujud jurang antara yang kaya dan miskin. Meraka yang kaya dan mampu hendaklah menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan. Keadaan ini menunjukkan Islam amat menitikberatkan keadilan pada semua umat Islam.

Bila kita berpuasa, kita hendaklah menahan makan minum sebelum terbenamnya fajar. Malam sepanjang bulan Ramadhan pula kita disunatkan untuk sembahyang Tarawikh secara berjemaah agar mendapat syafaat daripada ilahi. Sebagai manusia yang lemah, jika sebelum ini kita kurang menjaga tutur kata dan perilaku, bulan inilah sebagai salah satu langkah untuk membimbing kita ke arah yang baik dalam semua hal dan tindakan. Selepas sahaja genap sebulan berpuasa, seluruh umat Islam akan menyambut pula kedatangan bulan syawal iaitu Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh keinsafan dan kemaafan atas semua perbuatan dengan bermaafan-maafan.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster