Happy Holiday!!  

Khamis, 7 Mei 2009



Alo kengkawan…

Harap-harap kengkawan semua happy dan sihat-sihat selalu sepanjang cuti semester nie ek. Jaga diri selalu, maklumlah sekarang nie terlalu banyak kes-kes sosial yang merbahaya sehingga ada yang mati tanpa berdosa. Joe nak bagi peringatan pada diri sendiri dan kengkawan semua agar sentiasa berhati-hati kat luar sana. Kita tak tahu kan apa yang berlaku nanti? Oleh itu lebih baik kita berwaspada selalu. Hah, dompet, barang-barang berharga dan lain-lain janganlah dipandang mudah k. Simpan dan letak di tempat yang selamat dan menyukarkan pencuri untuk mengambil kesempatan ke atas kita . Masa cuti nanti gak, jangan lupa ingat-ingat kawan kat snie. Selalulah menghantar berita dan rajin-rajinkanlah untuk komen joe punya friendster, facebook, myspace or my blog okay!! Huhuhu…Bagi yang membuat Rancangan Orientasi Sekolah semester nie, diharap anda sentiasa sukses dan berjaya menjadi guru pelatih yang berwibawa dan mengambil kesempatan sebaik mungkin semasa di sekolah nanti. Gunakan masa emas itu dengan sebaik-baiknya dan tersenyum lebarlah anda menjadi ‘cikgu’ walaupun sementara.Huhuhu…

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Berakhir semester 4!!!  

Rabu, 6 Mei 2009


Assalamualaikum rakan sekalian…
Alhamdulillah kali ini terasa satu nikmat ketenangan apabila aku berjaya menamatkan perjuanganku untuk semester empat ini. Syukur juga ke atas hadrat Allah kerana dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan dengan baik walaupun terdapat beberapa subjek yang agak mengecewakan namun joe anggap ini merupakan satu dugaan daripada-Nya. Mungkin juga atas kejahilan diri sendiri yang kurang untuk bersyukur kepada-Nya. Apa yang pasti semua itu akan ditentukan oleh-Nya dan kita hanya berusaha dan merancang sebaik yang mungkin. Kejayaan atau kegagalan itu ada hikmahnya tersendiri yang akan memotivasikan kita semua untuk memperbaiki lagi kelemahan yang ada.

Rumusannya, pada tanggal 04.05.2009 merupakan penamat bagi aku semester ini ( sem 4 ). Aku cukup berpuas hati dengan kesungguhan dan kecekalan diriku selama ini untuk meneruskan pengajian. Walaupun terdapat kepayahan dan kesukaran yang aku alami, tetapi Alhamdulillah aku mampu menangani semua cabaran itu dengan baik dan lancar! Yalah, bukan senang nak menjadi insan yang positif dalam semua sudut. Hanya diri sendiri sahaja yang mampu merubah keadaan sekeliling..apa kata orang berjaya, jangan sampai persekitaran menguasai diri anda tetapi biar anda yang menguasai keadaan sekeliling. Gunakan setiap kepandaian dan kebolehan diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan sebaiknya kita mampu menjadikan orang lain tersenyum lebar untuk kita atas nilai insan yang ada pada kita. Jangan sesekali orang lain menidakkan dan memperlekehkan kemampuan kita.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Sedekahkan Al-Fatihah  



Minggu-minggu exam yang lalu telah memberikan joe satu pengajaran bahawa kita hidup di dunia ini adalah sementara dan tidak sesekali makhluk di dunia ini akan terlepas daripada ‘mati’. Bila dengar soal hidup mati, baru sahaja kita mengigati tuhan dan terdetik gambaran menakutkan mengenai alam ‘kubur’??? Memanglah menyeramkan tapi hakikat bagi setiap manusia di muka bumi ini akan meninggalkan semua harta dunia dan hanya harta akhirat sahaja yang dibawa mati. Manusia?? Kita sebagai manusia sentiasa melakukan benda yang jahil dan tidak terlepas daripada godaan syaitan dan nafsu. Huhuhuhu….macam real jek aku nie musabah diri!!! Alhamdulillah… sebenarnya baru-baru nie joe dapat khabar berita mengenai kematian saudara angkat kat Kg.Kelawar semasa exam yang lalu..yang menyedihkan joe tak dapat ikut semasa pengkebumian kerana masa tue joe ada exam dan memang tak dapat dielakkan..hanya doa dan Al-Fatihah yang dapat diberikan agar rohnya tenang disisi-Nya…semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…Amin…Rakan sekalian..sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham ibu angkat ( ROSNAH BT KAMIS )……..”Al-Fatihah”……Amin……..

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster