SelaMat MeNyambut Bulan RaMadhaN...  

Khamis, 20 Ogos 2009



Beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan hikmat jika berpuasa dengan sempurna dan mengikut tertibnya. Bulan Ramadhan juga memiliki malam Lailatul qadar yang penuh seribu kemanisan yang tidak terhingga dan hanya mereka sahaja yang terpilih oleh-Nya dan bertuah pada malam itu. Bulan Ramadhan mengajar umat Islam erti kesabaran dan ketaatan kepada Allah SWT. Menyedarkan umat Islam tentang kesusahan yang dihadapi oleh mereka-mereka yang daif dan miskin.

Bulan mulia ini juga menyeru umat Islam agar melunaskan dan membersihkan harta dengan zakat fitrah untuk membantu golongan-golongan miskin dan fakir serta mereka-mereka yang memerlukannya. Islam begitu menjaga kebajikan semua umatnya agar tidak wujud jurang antara yang kaya dan miskin. Meraka yang kaya dan mampu hendaklah menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan. Keadaan ini menunjukkan Islam amat menitikberatkan keadilan pada semua umat Islam.

Bila kita berpuasa, kita hendaklah menahan makan minum sebelum terbenamnya fajar. Malam sepanjang bulan Ramadhan pula kita disunatkan untuk sembahyang Tarawikh secara berjemaah agar mendapat syafaat daripada ilahi. Sebagai manusia yang lemah, jika sebelum ini kita kurang menjaga tutur kata dan perilaku, bulan inilah sebagai salah satu langkah untuk membimbing kita ke arah yang baik dalam semua hal dan tindakan. Selepas sahaja genap sebulan berpuasa, seluruh umat Islam akan menyambut pula kedatangan bulan syawal iaitu Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh keinsafan dan kemaafan atas semua perbuatan dengan bermaafan-maafan.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Ustaz Asri, Rabbani, nasyid dari kaca mata stesen TV dan radio  

Selasa, 18 Ogos 2009

ARTIKEL berjudul Benarkah filem Yasmin karya tanah air paling hebat? yang disiarkan dalam ruangan ini pada minggu lalu menerima reaksi yang pelbagai daripada pembaca. Ada yang bersetuju, tetapi ramai juga yang kurang senang dengan artikel itu kerana mempersoalkan kredibiliti Yasmin sebagai pengarah filem. Dari aspek personaliti, kita tidak sentuh sama sekali siapa Yasmin Ahmad. Namun, dari sudut karya, adalah lumrah kalau terus diperdebatkan walaupun pengkaryanya sudah meninggal dunia. Ini berlaku di mana, hatta dalam karya penulisan sastera tanah air.

Oleh itu, kita semua pihak yang memberi maklum balas terhadap artikel itu. Seperti kita katakan, idea Yasmin memang bagus. Niatnya baik. Namun begitu kita tidak membaca, menilai, mengamati aspek sub-teks dalam karya atau persembahan filem Yasmin secara selapis saja, iaitu dengan sekali pandang saja. Dalam banyak isu dan persoalan, kita melihat karya Yasmin sebagai berat sebelah, tidak realistik, menyindir orang Melayu, mengajak orang Melayu dan Islam supaya berfikiran liberal. Semasa hayatnya beliau terbuka dengan kritikan dan teguran. Allahyarham Yasmin tidak mudah melatah berbanding peminatnya.

Apa sekalipun, kita tetap berpendirian karya Yasmin memang baik tetapi bukanlah yang terbaik, jauh sekali hendak dikatakan hebat atau agung. Dalam menilai karyanya, kita tetap mengambil kira citra dan budaya bangsa, khususnya sebagai orang Melayu dan agama Islam. Kita tidak mempersoalkan niat stesen TV menyiarkan slot khas mengenang jasa dan sumbangan Yasmin. Cuma daripada maklum balas umum, apa sebenarnya sumbangan Yasmin terhadap dunia perfileman tanah air secara keseluruhannya?

Kita tidak pasti stesen TV melihatnya sebagai pengkarya filem yang hebat atau pembikin iklan komersial handalan? Kalau sebagai pembikin iklan komersial atau iklan awam, memang betul, dan kita akui Allahyarham Yasmin seorang yang handal dan mengagumkan. Tapi adakah kerana itu stesen TV menyiarkan slot khas mengenang kembali Yasmin Ahmad? Kalau itu ukurannya, kenapa tiada stesen TV yang dengan serta merta akan membuat siaran khas mengenang jasa dan sumbangan Ustaz Asri atau Mohd Asri Ibrahim, pemimpin dan vokalis kumpulan Rabbani yang meninggal dunia, Khamis lalu?

Kita mengalu-alukan inisiatif stesen TV menyiarkan slot mengimbas semula karyawan seni yang sudah meninggal dunia. Tetapi ia mestilah dilakukan dengan adil. Bukan hanya orang tertentu saja. Genre muzik nasyid tidak mendapat layanan sewajarnya oleh stesen radio. Muzik nasyid disifatkan sebagai tidak ada kelas atau dalam istilah sekarang tidak ‘urban’. Malahan mungkin beranggapan muzik nasyid macam muzik kampung. Muzik atau lagu nasyid sekadar menjadi penghias untuk slot masuk waktu solat dan selepasnya. Pengendali stesen radio tidak menilai muzik nasyid secara keseluruhannya iaitu bukan saja muzik tetapi inti pati pada seni kata lagu-lagunya.

Disebabkan layanan tidak adil ini, pergerakan kumpulan nasyid tidak ubah sebagai kumpulan indie. Tapi sekurang-kurangnya sekarang muzik dari kumpulan indie ini sudah mendapat tempat yang lebih baik di stesen radio mahupun TV berbanding dengan muzik nasyid. Realitinya pemergian Ustaz Asri sebenarnya turut menyedarkan kita di mana sebenarnya kedudukan penyanyi atau kumpulan nasyid. Ia jelas menunjukkan mereka tidak dianggap sebagai sebahagian daripada karyawan muzik yang sepatutnya diberi peluang, layanan dan tempat sama seperti pemuzik dan penyanyi lain.

Sebaliknya, genre nasyid seperti kena diskriminasi, terpinggir atau dipinggirkan, hanya diberi peluang muncul musim tertentu saja seperti Aidilfitri, Aidiadha, Ma’al Hijrah, nuzul al-Quran, Maulidur Rasul, persembahan di musabaqah al-Quran dan tidak lama lagi sempena Ramadan. Mungkin tidak dinafikan muzik nasyid agak stereotaip. Ini kita tidak nafikan. Inilah kelemahan yang perlu diperbaiki oleh penggiat nasyid. Namun, Asri bersama-sama Rabbani sudah mengambil langkah jauh ke depan. Beliau membawa genre nasyid ke dimensi baru dengan menjadi lebih segar, dinamik dan bergaya tersendiri. Walaupun masih mengekalkan irama nasyid konvensional - yang memberi penekanan kepada percussion atau muzik bergendang - Asri dari semasa ke semasa terus mengetengahkan perubahan baru sekurang-kurangnya dalam satu atau lagu terbaru nyanyiannya. Lagu Pergi Tak Kembali dan Intifada, misalnya, diketengahkan dengan muzik techno dengan teknologi komputer dan gelombang bunyi (synthesizer).

Namun begitu, lagu-lagu Rabbani masih menghadapi kesukaran untuk menembusi tembok halangan stesen radio. Kalau kumpulan nasyid seperti Rabbani pun menghadapi masalah untuk penyiaran di radio, apatah lagi dengan kumpulan nasyid lain. Jadi, apakah kerana kekurangan maklumat atau ketiadaan dokumentasi mengenai aliran muzik nasyid, terutama mengenai personaliti bernama Mohd Asri Ibrahim menyebabkan stesen TV atau radio mengambil masa untuk membuat program terbitan mengenang kembali Ustaz Asri?

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


NegaraKu Tercinta  

Isnin, 17 Ogos 2009



Negaraku tercinta mula disemai dalam diri sejak dibangku sekolah lagi. Semangat yang jitu dan rasa kecintaan itu semakin menebal dalam hati kerana kita telah menikmati kehidupan yang selesa, aman dan makmur sehingga boleh dikatakan amat sukar untuk dicapai kemakmuran ini sebagaimana pergolakan di negara lain di dunia.

Ya, aku adalah anak watan Malaysiaku tercinta dengan penuh rasa kebanggaan kerana sehingga aku berumur 22 tahun masih menikmati kehidupan yang harmoni tanpa melihat berlaku pertumpahan darah, tanpa letupan yang gugur di sana sini, tanpa bunyian senjata, tanpa suara tangisan rayuan, tanpa merasa kesakitan dan kepedihan dan tanpa hidup porak peranda bagai pelarian tanpa haluan hanya kerana ingin bernafas di alam fana yang tak berduri.

Ya aku anak watan Malaysiaku tercinta, aku sungguh dan amat bersyukur dilahirkan di tanah subarnabbumi ini. Bangga bersama-sama udara yang menyamankan. Banggsa bersama-sama bunyian yang mengasyikkan jiwaku tanpa desakan sesiapa yang tidak berhak.

Sesungguhnya aku adalah pembenci erti peperangan, benci keganasan, benci permusuhan, benci pembunuhan dan benci pada segala-galanya perosak dunia! Maka aku bertekad akan menjaga negaraku dengan nilai-nilai kesetiaanku, dengan gerak geriku, dengan pengorbananku, dengan usahaku yang gigih untuk memajukan negaraku Malaysia tercinta. PART 1

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Berakhirnya Pesta Konvokesyen UPSI Sidang-2 2009  

Sabtu, 15 Ogos 2009

Semalam merupakan hari terakhir bagi graduan-graduan UPSI yang menerima anugerah ijazah sarjana muda pendidikan yang melibatkan bidang professional masing-masing. Selama 5 hari menjalankan perkampungan di kampus Azlan Shah, terdapat banyak pengerai-pengerai yang mengambil peluang itu dengan menjual pelbagai jenis pakaian, makanan dan lain-lain.

Bermula pada 11-15 Ogos, pelajar tidak putus-putus untuk memeriahkan lagi pesta yang hanya dijalankan 2 kali setahun itu. Pelbagai acara dan persembahan yang dianjurkan antaranya persembahan artis ternama negara Jaclyn Victor yang memiliki vokal lantang dan hari berikutnya pula oleh Faizal Tahir yang dikatakan hampir melakukan gimik yang menjelekkan pada pandangan mata.

Turut dipersembahkan ialah pencarian UPSI Idol yang melibatkan 5 finalis akhir pada malam keempat itu. Pesta ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat daripada pelajar UPSI walaupun agak ‘sunyi’ pada malam akhir pesta, namun pengunjung luar sekitar Tg.Malim turut sama memeriahkan gerai dan pesta sepanjang pesta konvo berlangsung.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Kehilangan Permata Industri Nasyid Negara-Vokalis Rabbani  

Khamis, 13 Ogos 2009

Foto tengah : Allahyarham Ustz Asri - RABBANI


Bila saja telinga mendengar lagu PERGI TAK KEMBALI , teringat dan terlintas diminda dendangan itu adalah daripada kumpulan RABBANI. Vokalis utama kumpulan itu adalah Allahyarham Ustaz Asri yang disahkan meninggal hari ini ( 13 Ogos / 22 Syaban 1430 ) akibat komplikasi jantung semasa mengendalikan satu rancangan di Angkasapuri pada hari yang sama. Sedih dan pilu terasa kerana kehilangan permata nasyid yang mashyur di negara ini. Sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham agar rohnya bersemadi dengan tenang dan mendapat keredhaan Allah SWT. Amin...

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster