NegaraKu Tercinta  

Isnin, 17 Ogos 2009



Negaraku tercinta mula disemai dalam diri sejak dibangku sekolah lagi. Semangat yang jitu dan rasa kecintaan itu semakin menebal dalam hati kerana kita telah menikmati kehidupan yang selesa, aman dan makmur sehingga boleh dikatakan amat sukar untuk dicapai kemakmuran ini sebagaimana pergolakan di negara lain di dunia.

Ya, aku adalah anak watan Malaysiaku tercinta dengan penuh rasa kebanggaan kerana sehingga aku berumur 22 tahun masih menikmati kehidupan yang harmoni tanpa melihat berlaku pertumpahan darah, tanpa letupan yang gugur di sana sini, tanpa bunyian senjata, tanpa suara tangisan rayuan, tanpa merasa kesakitan dan kepedihan dan tanpa hidup porak peranda bagai pelarian tanpa haluan hanya kerana ingin bernafas di alam fana yang tak berduri.

Ya aku anak watan Malaysiaku tercinta, aku sungguh dan amat bersyukur dilahirkan di tanah subarnabbumi ini. Bangga bersama-sama udara yang menyamankan. Banggsa bersama-sama bunyian yang mengasyikkan jiwaku tanpa desakan sesiapa yang tidak berhak.

Sesungguhnya aku adalah pembenci erti peperangan, benci keganasan, benci permusuhan, benci pembunuhan dan benci pada segala-galanya perosak dunia! Maka aku bertekad akan menjaga negaraku dengan nilai-nilai kesetiaanku, dengan gerak geriku, dengan pengorbananku, dengan usahaku yang gigih untuk memajukan negaraku Malaysia tercinta. PART 1

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


0 comments: to “ NegaraKu Tercinta

Design by Amanda @ Blogger Buster