Berakhirnya misi kembaraku...  

Khamis, 30 Oktober 2008

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Pilihan Raya Kampus UPSI 2008/2009  

Sabtu, 18 Oktober 2008

Ralat *- Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI
yang menang bertanding sesi 08/09





Universiti Pendidikan Sultan Idris ketika ini hangat dengan pemilihan bagi Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) bagi sesi 2008/2009. Lereng-lereng kampus begitu sesak dengan tampalan poster-poster bagi calon-calon yang bertanding. Tidak cukup sekadar tampalan, bahkan pelajar begitu semangat dengan menggantung banner, kain rentang dan poster di sekitar kampus Sultan Abdul Jalil. Bagi penyokong-penyokong calon, mereka amat aktif dalam mempromosikan setiap wakil calon mereka. Apa yang diketengahkan oleh mereka yang bertanding ialah manifesto setiap calon bagi mempengaruhi pelajar melalui mesej-mesej yang mereka sampaikan. Disinilah cabaran yang paling getir bagi calon bertanding untuk meminta kepercayaan pelajar-pelajar lain agar memilih mereka sebagai MPP. Kegigihan para pelajar bukan setakat di kampus bahkan mereka begitu 'taksub' di kolej-kolej kediaman UPSI.

Keberanian dan kegigihan dalam bertanding adalah kunci kejayaan bagi setiap calon. Dalam pemilihan MPP UPSI kali ini, terdapat 25 kerusi yang dipertandingkan dimana 2 calon bagi setiap fakulti yang mempertandingkan 8 buah fakulti, 5 orang wakil bagi kawasan umum dan 4 orang calon yang mewakili bagi setiap kerusi etnik Sabah, Sarawak, Cina dan India yang menjadikan kerusi keseluruhan yang dipertandingkan sebanyak 25 kerusi. Namun adat dalam bertanding ialah kalah dan menang. Oleh itu, kesungguhan haruslah di tunjukkan oleh semua calon bertanding agar pelajar lain percaya pada kreadibilti mereka. Selain itu, terdapat juga kerusi yang dipertandingkan menang tanpa bertanding.


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster