Program Masyarakat Tautan Mesra Penyayang 2009  

Selasa, 24 Februari 2009

Menggamit memori indah Penyayang & orang kampung


Menghulur sumbangan


Sukaneka bersama orang kampung


Beliawanis Kg.Kelawar VS Penyayang


Sumbangan ikhlas Penyayang

Kelab Penyayang bersama komuniti



Program Tautan Mesra Penyayang merupakan satu program khidmat masyarakat yang melibatkan beberapa ahli kelab penyayang bersama-sama penduduk Kg.Kelawar Tg.Malim, Perak. Program seumpama ini adalah bertujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dengan mengerjakan aktiviti-aktiviti amal dan mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa dengan komuniti kampung. Dengan pelaksanaan aktiviti sebegini, ia bukan sahaja mampu mengisi masa lapang mahasiswa dengan perkara berfaedah bahkan ia turut memberikan sejuta pengalaman pada mahasiswa sendiri dalam melakukan program secara sukarela yang mungkin tidak dapat dilupakan. Selain itu, kita juga turut mengetahui kehidupan sebenar masyarakat luar yang mungkin agak berbeza dengan cara dan budaya di kampung sendiri dan sepastinya ia akan memberikan nilai dan pengetahuan yang berguna kepada mahasiswa. Orang selalu menyebut, Apa salahnya kita berkhidmat sambil beramal? Budaya sebeginilah yang harus disemai kedalam diri khususnya kepada belia muda kita agar minda dan jiwa tidak menjadi kosong dan ketandusan nilai-nilai kerohanian. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara kita yang menekankan aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani yang mampu menjadikan kita “minda cergas dan jiwa yang sihat”. Inilah yang dikatakan sebagai nilai tambah yang seharusnya kita miliki sebagai modal untuk menjadi insan yang lebih produktif dan mantap secara keseluruhannya. Sering kita mendengar saranan kerajaan yang menyeru agar belia kini mampu memiliki ‘modal insan’ yang sempurna dan tidak terjebak dengan budaya tidak sihat dan merugikan diri sendiri. Tidak salah sekiranya kita melakukan kerja-kerja amal dan sepastinya setiap yang baik itu akan memberikan pulangan yang baik juga. Bukan setakat memberi kepuasan pada diri sendiri bahkan turut memberikan motivasi kepada diri agar terus maju kehadapan. Pepatah mengatakan, “jauh perjalanan luas pemandangan”.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster