Bersama Ketua Menteri Sabah....
Sabtu, 20 September 2008
Majlis berbuka puasa mahasiswa/i di semenanjung Malaysia - PWTC
Kenangan abadi bersama Ketua Menteri Sabah YAB Dato' Musa B. Aman
Sempena majlis berbuka puasa bersama menteri Sabah
Satu majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sabah YAB Dato' Musa Bin Aman telah diadakan pada 20.09.2008 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) . Majlis ini telah mengumpulkan pelajar-pelajar Sabah yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta di semenanjung Malaysia. Berdasarkan sifat keperihatinan YAB Dato', maka majlis berbuka puasa ini telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Selepas sahaja menjamu selera, dif kehormat dan mahasiswa/i telah menunaikan solat fardu dan sunat tarawikh di surau Dewan Putra. Selain itu, YAB Dato' sempat memberi ucapan dimajlis itu sebelum memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada para pelajar. Majlis berakhir kira-kira jam 11 malam dan diakhiri dengan sesi bersalam-salaman bersama semua tetamu VIP yang hadir dimajlis iu.