Regatta Lepa-Lepa..  

Isnin, 15 September 2008







Regatta Lepa-Lepa merupakan satu perayaan suku kaum Bajau di daerah Semporna. Perayaan ini adalah satu pesta tahunan yang diraikan secara besar-besaran pada bulan April. Bukan setakat suku kaum Bajau sahaja yang meraikannya tetapi semua suku kaum lain di Semporna juga turut sama memeriahkan pesta ini seperti suku kaum Suluk. 'Lepa' dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot. Ia biasanya diperbuat dari kayu seraya dan menjadi simbol kaum Bajau sejak lama dahulu. Lepa ini banyak terdapat di masyarakat nelayan yang tinggal di Pulau Bum-Bum Semporna. Di masa sambutan Regatta ini, Semporna menjadi meriah kerana perahu dan bot yang berwarna-warni akan bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Lepa tercantik. Lepa tercantik ini dihakimi berdasarkan dari segi corak ukiran yang asli pada bot, tarian yang dipersembahkan di atasnya, sambulayang ( layar) dan tapis-tapis ( bendera ). Gambar diatas merupakan contok Lepa tercantik yang sering mengondol tempat pertama dalam pertandingan ini. Diberi nama sebagai 'Lepa Bisa' yang mewakili Kg.Panji dan Kg.Tonggulangan adalah hak milik Tuan Haji Biskai Bin Mastal bermula sejak tahun 2000 lagi. Kini, 'Lepa Bisa' masih aktif dalam pertandingan Lepa tercantik yang mana masih mengekalkan konsep tradisional. Tuan Haji Biskai Bin Mastal merupakan seorang pengukir yang terkenal di daerah ini kerana sentuhan seni halusnya termasuklah 'Lepa Bisa'.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


0 comments: to “ Regatta Lepa-Lepa..

Design by Amanda @ Blogger Buster