Ahad, 14 September 2008





Nama diberi ialah Mohammad Johari Bin Biskai dan lebih dikenali sebagai 'joe' dikalangan ahli keluarga dan sahabat-sahabat handai. Saya merupakan anak watan yang berasal dari Borneo Sabah dan anak jati kepada daerah Semporna. Disinilah daerah tempatku membesar. Segala kenangan pahit dan manis juga tersimpan di daerahku yang tercinta ini sehinggalah kini saya mencecah umur 21 tahun. Saya mendapat pendidikan awal bermula di Tabika Kg.Panji Semporna semasa saya berusia 5 tahun. Setelah itu, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Semporna sehingga saya berumur 12 tahun. Semasa diperingkat sekolah menengah pula, saya mendapat pendidikan di sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima Abdullah Semporna bermula dari tingkatan satu hinggalah ke tingkatan 6 atas. Sejurus sahaja tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ), saya melanjutkan pelajaran pula keperingkat pengajian tinggi apabila mendapat tawaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan Ekonomi yang berada di bawah Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UPSI. Saya seorang yang sukakan ketenangan dan anti kepada permusuhan. Seorang yang aktif dalam penjawatan bermula sejak dibangku sekolah lagi. Aktiviti kokurikulum amat digemari namun bukan kepada aktiviti sukan lasak. Kini, di UPSI sendiri saya menyertai aktiviti kembara alam yang cukup menyeronokkan kerana lebih menumpukan kepada penghayatan alam semulajadi yang sesuai dengan diriku. Apa yang pasti, saya akan melakukan sesuatu perkara adalah atas dasar kerelaan sendiri tanpa paksaan orang lain dan paling penting ialah perkara itu mestilah menyeronokkan.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


0 comments: to “

Design by Amanda @ Blogger Buster