UPSI diserang H1N1 !!!!  

Isnin, 3 Ogos 2009

Baru-baru nie UPSI telah disahkan positif H1N1 apabila didapati pelajar UPSI terkena jangkitan virus merbahaya ini. Namun begitu jumlah kes sebenar tidak dapat dipastikan kerana pihak hospital masih menjalankan pemeriksaan virus tersebut. Akibat daripada kesan bahaya virus ini, maka UPSI mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempercepatkan cuti pertengahan semester agar memudahkan para pelajar balik ke kampung mereka masing-masing. Selain itu, pihak universiti juga menyediakan bas tambang percuma kepada pelajar-pelajar semenanjung Malaysia agar mereka dapat pulang ke rumah dengan kadar yang segera. Hal ini kerana, virus pembunuh ini mudah berjangkit melalui pernafasan manusia dan tidak harus diambil mudah. Sehingga menjelang dua hari proses kuarantin para pelajar yang dikesan jangkitan virus H1N1, pihak universiti dengan kerjasama hospital Slim River terus menerus menyediakan pemeriksaan dan rawatan percuma di sekitar kolej kediaman seperti Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Ungku Omar selain pemberian topeng percuma kepada para pelajar.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


0 comments: to “ UPSI diserang H1N1 !!!!

Design by Amanda @ Blogger Buster