Kemuncak Kelab Penyayang 2009  

Jumaat, 7 Ogos 2009




Baru-baru ini kami di Kelab Penyayang UPSI telah mengikuti satu persidangan kemuncak Kelab Penyayang peringkat IPT yang menggabungkan beberapa buah universiti seluruh Malaysia. Sejumlah 16 buah IPTA/IPTS yang terlibat daripada 18 kelab penyayang yang wujud diseluruh negara. Antara universiti yang teribat ialah UPSI, UITM Shah Alam, , USM, UMT, UTM, UNISEL, UKM, UNIMAP, UMP, USIM, MSU, UM Kolej Ungku Aziz, UNIMAS, LIMKOKWING, UNIKAL-MIAT, dan UPM.

Bermula pada 31 julai sehingga 02 ogos yang bertempat di Esset Bangi Selangor program ini adalah bertujuan untuk mengadakan satu perjumpaan antara ahli Kelab Penyayang seluruh negara. Persidangan utama ini adalah dibawah kelolaan Yayasan Budi Penyayang Malaysia yang mana bertujuan untuk mempertingkatkan lagi usaha semua ahli kelab mencapai misi dan visi kelab masing-masing khususnya dan Yayasan Budi Penyayang secara amnya yang menekankan aspek kebajikan masyarakat yang melibatkan tiga golongan utama iaitu anak-anak yatim, orang kurang upaya ( OKU ) dan warga emas.

Selama 3 hari 2 malam menjalani perkampungan di Esset Bangi, pelbagai LDK yang dijalankan meliputi aspek kerjasama dalam kumpulan, kepimpinan dan ketepatan masa. Antara fasilitator yang menjayakan aktiviti ini ialah En. Anas Zubedy dan tidak kurangnya Dr.Reevany Bustami yang mengetuai aktiviti ice breakers. Kemuncak persidangan ini ialah dengan ikrar semua ahli kelab Penyayang dan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada peserta serta sesi bergambar bersama semua pengawai Yayasan Budi Penyayang dan seluruh IPT yang terlibat.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster