Berakhir semester 4!!!  

Rabu, 6 Mei 2009


Assalamualaikum rakan sekalian…
Alhamdulillah kali ini terasa satu nikmat ketenangan apabila aku berjaya menamatkan perjuanganku untuk semester empat ini. Syukur juga ke atas hadrat Allah kerana dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan dengan baik walaupun terdapat beberapa subjek yang agak mengecewakan namun joe anggap ini merupakan satu dugaan daripada-Nya. Mungkin juga atas kejahilan diri sendiri yang kurang untuk bersyukur kepada-Nya. Apa yang pasti semua itu akan ditentukan oleh-Nya dan kita hanya berusaha dan merancang sebaik yang mungkin. Kejayaan atau kegagalan itu ada hikmahnya tersendiri yang akan memotivasikan kita semua untuk memperbaiki lagi kelemahan yang ada.

Rumusannya, pada tanggal 04.05.2009 merupakan penamat bagi aku semester ini ( sem 4 ). Aku cukup berpuas hati dengan kesungguhan dan kecekalan diriku selama ini untuk meneruskan pengajian. Walaupun terdapat kepayahan dan kesukaran yang aku alami, tetapi Alhamdulillah aku mampu menangani semua cabaran itu dengan baik dan lancar! Yalah, bukan senang nak menjadi insan yang positif dalam semua sudut. Hanya diri sendiri sahaja yang mampu merubah keadaan sekeliling..apa kata orang berjaya, jangan sampai persekitaran menguasai diri anda tetapi biar anda yang menguasai keadaan sekeliling. Gunakan setiap kepandaian dan kebolehan diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan sebaiknya kita mampu menjadikan orang lain tersenyum lebar untuk kita atas nilai insan yang ada pada kita. Jangan sesekali orang lain menidakkan dan memperlekehkan kemampuan kita.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


0 comments: to “ Berakhir semester 4!!!

Design by Amanda @ Blogger Buster