what do you think about friendship????
Khamis, 9 April 2009


Bila berjumpa dengan soalan sebegini, saya tidak teragak-agak untuk menjawab “saya inginkan seorang sahabat yang memahami, hidup bersama dalam suka duka, berkongsi kegembiraan dan mampu membawa kita ke jalan yang baik”. Bukan sekadar itu, apa yang kita inginkan dalam persahabatan ialah cara seorang kawan yang tidak hanya mementingkan diri, tidak menyakiti hati kita dan menegur kita bila dalam keadaan yang salah. Semua ini barulah dikatakan seorang sahabat, kawan dan teman sejati bagi kita. Bukanlah kita menjadi seorang kawan yang hanya menjadi kawan bila kita dalam senang dan hilang serta pentingkan diri bila kita dalam kesusahan. Cuba tanya diri, adakah anda mempunyai sahabat, kawan dan teman yang sempurna walau apa jua keadaan pun? Dan tanya juga adakah anda mempunyai sahabat, kawan dan teman yang buruk dari semua aspek tadi? Kalau rupa manusia dikatakan berbeza-beza, tidak juga kurang hati dan perasaan kawan yang berbeza antara satu sama lain. Any agrument??


p/s 10 public questions ( please comment at da chat room beside )
1. Adakah sahabat, kawan dan teman anda memahami anda ?
2. Adakah sahabat, kawan dan teman anda pentingkan diri ?
3. Adakah sahabat, kawan dan teman anda pernah memburuk-burukkan anda ?
4. Adakah sahabat, kawan dan teman anda membuat anda gembira?
5. Adakah sahabat, kawan dan teman anda buat anda terguris hati ?
6. Adakah sahabat, kawan dan teman anda datang bila senang, hilang bila susah ?
7. Adakah sahabat, kawan dan teman anda pernah menipu anda sendiri ?
8. Adakah sahabat, kawan dan teman anda membenci anda disebabkan kekasih ?
9. Adakah sahabat, kawan dan teman anda cemburu tentang kelebihan anda ?
10. Adakah sahabat, kawan dan teman anda merendah-rendahkan anda ?
0 comments: to “ what do you think about friendship???? ”
Catat Ulasan