Bercerita mengenai sifat pemalas dan cara mengatasi  

Rabu, 8 April 2009


Salam semua…


Akhirnya joe dapat juga menulis setelah lama menyibukkan diri ngan tugas akademik dan tugas kelab…penat ….lain cerita, bila saja menjelang akhir semester begini, mulalah diri diselubungi dengan perasaan gerun untuk menghadapi peperiksaan akhir semester dua…tidak sedar dengan peredaran masa yang begitu pantas dan mencemburui diri…bila difikirkan semula rupa-rupanya diri tidak lagi cukup bersedia menghadapi peperiksaan tidak lama lagi..ditambah lagi dengan subjek yang agak membunuh kali ini…namun apa yang pasti setiap apapun keadaan, diri kena bersedia menghadapinya…kata orang, cuba dulu baru tau…sesukar manapun keadaan tu, kita pasti dapat menyelesaikannya walaupun sukar..betul tak? Ahaks…


Ini pula cerita mengenai sikap kita yang sering malas dan sentiasa melakukan perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah..betul tak? Tak taulah, mungkin itulah sifat semulajadi manusia sejak azali yang sering melakukan perbuatan itu…saya sendiri amat sukar mengelak daripada sifat yang buruk ini…bahkan bukan itu sahaja, walaupun tugasan dah siap sepenuhnya tapi masih lagi membuang masa…mungkin kurangnya tekanan pada diri menyebabkan diri semakin leka dengan keadaan..huhu…alahai manusia-manusia…namun malangnya bumi semakin beredar tepat pada paksi dan waktunya tanpa hadnya…lagi satu perangai yang tak dapat dielak nie ialah tabiat yang suka tidur…paling popular sekali tidur kat bilik bila ada ruang-ruang yang mampu menggoda mata, mulut dan badan untuk melentangkan diri atas katil…memangla syok tapi ini akan membangkitkan sikap yang pemalas…biasalah pelajar yang agak berminat dengan semua nie…kadang-kadang malas juga nak bersukan atau bersenam..padahal perkara sebegini mampu menjamin kesihatan badan..pendek kata semuanya malas…bila kita membiasakan diri dengan semua sikap negatif ini, secara tidak langsung akan menjadikan kita manusia yang pemalas dan tidak produktif. Minda akan menjadi lembab dan sepastinya kesihatan akan terjejas…mulalah sakit kepala, demam, badan makin berlemak dan badan lesu sana sini…tidak mustahil juga tabiat buruk ini akan terbawa-bawa di dalam kelas semasa P&P dijalankan…hah…itukah dikatakan pelajar yang berkualiti..fikir-fikirkan…( termasuk diri sendiri )…di sini ada beberapa tips akan membantu anda untuk menghilangkan dan mengikis tabiat buruk ini…

Mengatasi sifat pemalas boleh dilakukan dengan bantuan dari luar dan dari dalam diri anda sendiri….


1. Jika anda malas kerana belum mendapat idea untuk mencapai kesempurnaan tugas, ingatkan diri anda bahawa kesempurnaan memang tujuan yang baik. Tetapi tidak ada satu hal pun yang sempurna di dunia ini. Lebih baik anda mulai bekerja dengan bahan yang ada dan lengkapi hal-hal yang masih kurang dalam proses penyelesaian.

2. Jika anda malas kerana deadline pekerjaan anda masih lama, berusalah ciptakan deadline sendiri yang terjadual. Anda harus sedar bahawa waktu tidak akan berhenti untuk menanti anda sehingga anda habis menyiapkan tugas sendiri. Jika mempunyai tabiat yang suka menunda sesuatu perkara, anda bererti telah mempersia-siakan watu anda sendiri…trust me!!! huhu



3. Cuba menjadikan satu suasana yang menyenang di tempat anda bekerja, mainkan muzik
yang lembut setiap kali anda bekerja atau belajar. Bangkitkan imaginasi dan semangat dengan muzik yang anda putarkan tadi. atau mungkin segelas kopi susu selepas melakukan satu tugas/ belajar. selain itu, anda juga boleh membawa gambar-gambar orang tersayang ke tempat kerja atau semasa belajar kerana ini mungkin akan menaikkan semangat anda untuk maju kehadapan!!





4. Selain itu anda juga boleh memberitahu keluarga, kekasih, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang rapat dengan anda agar memberi peringatan kepada anda bahawa kerjaya anda itu amat penting dan harus diberi perhatian..pendek kata nasihat-menasihati..



5. Jika anda agak bosan dan betul-betul terasa malas, bolehlah mengambil sedikit ruang untuk berehat dengan cara bermain games, bergurau senda dengan rakan-rakan atau perkara lain yang sesuai dalam keadaan itu.



AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster