perjuangan belum selesai  

Selasa, 14 April 2009





Bahagian 2

Bahangnya semakin terasa dalam diriku. Tidakku ingin namun debarannya agak menggoncang diriku setiap detik dan setiap masa. Aku menarik nafas panjang ketika itu. Apa yang sering terlintas dihati ini hanyalah dengan sebutan 'Ya Allah'. Aku menarik nafas panjang sekali lagi. Bagi aku takdir adalah segalanya. Aku tidak mampu jika sudah tertulis begitu. Redha hati dengan ketentuannya. Biarlah yang Esa yang menentukan nasibku itu. “Menghayal ker tu”? aku terkejut dengan kemunculan suara yang tidak diundang itu. Aku hanya menjeling dan tersenyum sinis kepada sidin. Marah pun ada ketika itu. Namun aku tahu niatnya hanya bermain-main denganku. Aku senyum sedikit selepas itu. Apa tidaknya aku asyik memikirkan pasal kemenangan kelabku. Setiap detik hati merasa dipersalahkan jika aku gagal menaikkan nama kelab kali ini. Akulah presiden kelab ke-2 yang telah diamanatkan untuk mencapai kecemerlangan kelab itu selain mencapai visi dan misi kelab. Mereka semua disekitarku akan menuding jari padaku jika aku gagal. Barisan kepimpinan kelab yang lain semakin berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Seolah-olah mereka ingin menyaingiku. Hatiku berbisik seketika. Ketakutan dan kekusutan semakin menghantui diriku semula. Aku terbayang-bayang lagi ketika itu jika aku gagal kali ini aku akan dipersalahkan. Mereka akan mengkritik dengan sesuka hati tanpa mengetahui nilai dan pengorbanan yang aku telah curahkan selama ini pada kelab. Siang dan malam aku memikirkan pasal kelab bahkan tidur pun tidak lena olehnya. Bila sahaja masuk semester baru, mulalah padat dan penuh dengan aktiviti kemasyarakatan terutama anak yatim. Adakah mereka mengetahuinya? Ditambah lagi dengan pengorbanan masa yang aku berikan selama ini seolah-olah aku mengabaikan akademikku deminya? Sudah tentu mereka tidak akan terfikir tentangnya. Sabar dan tabahlah jawapannya. Orang selalu menyebut, kalau kita sudah usaha mengapa harus kita takut akannya? Aku senyum seketika ketika itu. Terubat sedikit ketakutan yang menghantui. Malam ini adalah penentunya. Aku yakin pada diriku sendiri. Mengapa harus aku memikirkan orang-orang di luar sana? Aku harus fokus dengan perjuangan ini. Bagi aku ia belum tamat dan selesai lagi. Masih lagi ada sinar harapan untukku. Aku telah berusaha dengan sesungguhnya. Aku tidak akan kecewa walaupun ujiannya sepahit hempedu. Diriku semakin membara dengan kekuatan semangat yang jitu itu. Semangat yang harus ada bagi seorang pemimpin. Cekal dan usaha adalah kunci kejayaan. ( bersambung…hihi )

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


0 comments: to “ perjuangan belum selesai

Design by Amanda @ Blogger Buster