Ceritaku bermula jam 12 malam dengan 'Fire Drill'  

Sabtu, 11 April 2009


Adoyai…malam-malam lagi dah kena arahan untuk turun ke perkarangan berhampiran KHAR bagi membuat latihan kebakaran yang diketuai oleh ahli-ahli bomba Tanjong Malim. Arahan dimulakan dengan bunyian siren kebakaran bermula di blok 2 ( blok lelaki ). Aku yang kelihatan begitu semangat bersiap sedia untuk turun. Sebaik sahaja bunyi terdengar aku tidak berlengah untuk tercegat di bilik lagi. Aku mula melangkah kaki. Kelihatannya ramai lagi yang sudah bersedia. Laluan perkarangan KHAR, pintu utama dan laluan utama KUO begitu sesak dengan pelajar lain. Apa yang melucukan, latihan kebakaran ini ditunjukkan dengan gelak tawa dan suara-suara riang pelajar lain. Bukankah itu pelik? Cukup bibirku tersengeh-sengeh melihat karenah mereka. Diriku tidak lagi mempunyai semangat seperti tadi semasa di bilik, tapi kini diriku semakin menambah dan memeriahkan lagi keadaan bingit itu dengan jeritan dan tidak cukup dengan sorakan bersama kawan-kawan lain. Aku hanya melihat keadaan sekeliling dengan tenang ketika itu. Nampaknya pengetua kolej sedang memberi arahan kepada semua pelajar untuk berbaris dengan baik dan mengikut blok. Di kiriku nampaknya kelompok wanita dari blok 1 dan 3. Bermacam-macam ragam reaksi mereka. Ada yang mengantuk sambil menguap yang tidak ubah seperti lembu mengembu. Ada yang bersorak seolah-olah ada satu pertunjukkan diadakan. Ada yang bersembang-sembang tanpa menghiraukan arahan pengetua dan ada yang menunjukkan memek muka tidak berpuas hati. Bermacam-macam. Tidak lama selepas 10 minit berada di perkarangan yang gelap itu, terdengar bunyi kenderaan bomba dan kelihatan ia sedang menuju ke tempat perkumpulan pelajar. Seorang demi seorang ahli bomba turun. Mereka mula memberikan arahan seperdengarku dari jauh tempatku di belakang. Pelajar-pelajar lain tidak mengendahkannya. Terasa lucu dan mengantuk pun ada ketika itu. Selepas 30 minit, ahli jawatankuasa kolej pula memberikan arahan kedua kepada pelajar untuk berbaris ke bahagian lain. kami semua hanya menurut arahan. Terutama pelajar lelaki dengan karenah nakalnya termasuk juga diriku. Seolah-olah situasi itu benar-benar selepas berlaku kebakaran dengan himpunan pelajar yang beramai-ramai. Namun malangnya, selepas itu kami di arahkan untuk pulang ke tempat masing-masing. Seolah-olah aku tidak merasa real latihan kebakaran itu melainkan hanya mendengar bunyi siren pada awalnya dan berkumpul yang tidak seperti perhimpunan agung. Selepas itu, aku tidak membuang masa. Aku terus balik ke rumah seiring dengan rakan kelasku Azrul dan sebelum itu pun aku sempat bergurau-gurau dengan Irwan, Jeff, Jasmi, Wan dan Zaidi. Aku melangkah terus ke bilik dan menyambung kerja harianku iaitu bermain dengan yahoo masengger ( YM ), friendster dan blog. Kalau tidak bersama dengan laptop kesayanganku itu, tidak sahlah dan tidak lengkaplah hidupku…( bersambung..hihi )

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster