This is not about love but its about life..true life  

Khamis, 9 April 2009



Cerita cintaku bersamanya…

Untuk pertama kalinya aku ingin menyatakan rasa yang aku seorang pencinta akan laut yang sejati di muka bumi Allah ini. Bila sahaja menyebut laut, aku akan tercari-cari satu anugerah tuhan yang bernama pantai. Bagi aku, pantai merupakan satu tempat yang cukup menyenangkan hati dan perasaan, minda dan pemberi ilham yang baik. Pantai tempat pelepas semua kekalutan dan kekusutan bila sahaja kita melihatnya. mungkin itu satu anugerah yang telah tuhan ciptakan sejak azali dan kelihatannya terdapat hubungan manusia dengan alam di situ. Kalau mengimbau kisah silam, aku begitu selesa dan tenang apabila ke pantai. Aku agak rakus jika menikmati keindahannya itu. Paling aku suka sekali apabila menghirup udaranya yang nyaman, deruan angin dan ombak pantai memang memikat hatiku dan keindahannya yang cukup menggodaku sehingga aku tersungkur terpaku kaku di alur punggungnya. Sungguh agung ciptaan-Nya. Allahu Akhbar.
Bila sahaja aku merantau jauh sebegini, resah gelisah diriku apabila berjauhan dengan pantai. Agak kekok bila berjauhan dengannya, mungkin kerana ikatan dan hubungan akrab telah subur dihati dan tatkala berjauhan hati mula tercari-cari akannya. Tiada lagi tempat mengadu selain kepada-Nya tempatku beradu kekusutan hati dan jiwa ini. Redha diriku apabila memikirkan semula cita-cita dan harapan serta masa depan, aku terus kuat walaupun tanpanya. Kini aku sudah membiasakan diri dengan ketiadaannya kerana aku pasti sesudah menghabiskan final exam, aku berpeluang bertemu dengannya sekali sekala. Sudah memadai mungkin hanya untuk 4 tahun di bumi malim ini.

Oleh itu, pada baru-baru nie sebelum aku masuk semester baru, aku terus melepaskan dan memuaskan rinduku padanya. Aku tidak ingin membuang masa ketika itu, aku gunakan dengan sebaik-baiknya masa emas itu. masa yang jarang kutemui. Dan tidak lebih dari kesukaran untuk mendapatkannya. Aku telah melakukan satu perancangan untuk membuat percutian pergi balik. Aku ingin menghabiskan satu hari suntuk itu dengan penghayatan alam, bermandi manda dan mengambil foto kenangan indah semasa di pulau tersebut. Pulau indah yang dimaksudkan ialah Pulau Mataking ( Mataking Island ) in Semporna Sabah.



Bermula misi ke Mataking Island...lets to holiday!!!



On da way g Mataking Island
Zoom in Mataking Island : p/s cantik kan?? huhu
Tiba di jeti Mataking Island : P/s mantap 2??? huhu

Rehat sebentar di beach resort..huhu



lihat ikan 2?? banyak tau!! huhu..berenang skali ngan ikan2 nie..hihi



lihat putihnya pantai ini..syok..

Hah, nie la cara joe layan blues kat pantai!! wakaka


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster