This is not about love but its about life..true life  

Khamis, 9 April 2009



Cerita cintaku bersamanya…

Untuk pertama kalinya aku ingin menyatakan rasa yang aku seorang pencinta akan laut yang sejati di muka bumi Allah ini. Bila sahaja menyebut laut, aku akan tercari-cari satu anugerah tuhan yang bernama pantai. Bagi aku, pantai merupakan satu tempat yang cukup menyenangkan hati dan perasaan, minda dan pemberi ilham yang baik. Pantai tempat pelepas semua kekalutan dan kekusutan bila sahaja kita melihatnya. mungkin itu satu anugerah yang telah tuhan ciptakan sejak azali dan kelihatannya terdapat hubungan manusia dengan alam di situ. Kalau mengimbau kisah silam, aku begitu selesa dan tenang apabila ke pantai. Aku agak rakus jika menikmati keindahannya itu. Paling aku suka sekali apabila menghirup udaranya yang nyaman, deruan angin dan ombak pantai memang memikat hatiku dan keindahannya yang cukup menggodaku sehingga aku tersungkur terpaku kaku di alur punggungnya. Sungguh agung ciptaan-Nya. Allahu Akhbar.
Bila sahaja aku merantau jauh sebegini, resah gelisah diriku apabila berjauhan dengan pantai. Agak kekok bila berjauhan dengannya, mungkin kerana ikatan dan hubungan akrab telah subur dihati dan tatkala berjauhan hati mula tercari-cari akannya. Tiada lagi tempat mengadu selain kepada-Nya tempatku beradu kekusutan hati dan jiwa ini. Redha diriku apabila memikirkan semula cita-cita dan harapan serta masa depan, aku terus kuat walaupun tanpanya. Kini aku sudah membiasakan diri dengan ketiadaannya kerana aku pasti sesudah menghabiskan final exam, aku berpeluang bertemu dengannya sekali sekala. Sudah memadai mungkin hanya untuk 4 tahun di bumi malim ini.

Oleh itu, pada baru-baru nie sebelum aku masuk semester baru, aku terus melepaskan dan memuaskan rinduku padanya. Aku tidak ingin membuang masa ketika itu, aku gunakan dengan sebaik-baiknya masa emas itu. masa yang jarang kutemui. Dan tidak lebih dari kesukaran untuk mendapatkannya. Aku telah melakukan satu perancangan untuk membuat percutian pergi balik. Aku ingin menghabiskan satu hari suntuk itu dengan penghayatan alam, bermandi manda dan mengambil foto kenangan indah semasa di pulau tersebut. Pulau indah yang dimaksudkan ialah Pulau Mataking ( Mataking Island ) in Semporna Sabah.



Bermula misi ke Mataking Island...lets to holiday!!!



On da way g Mataking Island
Zoom in Mataking Island : p/s cantik kan?? huhu
Tiba di jeti Mataking Island : P/s mantap 2??? huhu

Rehat sebentar di beach resort..huhu



lihat ikan 2?? banyak tau!! huhu..berenang skali ngan ikan2 nie..hihi



lihat putihnya pantai ini..syok..

Hah, nie la cara joe layan blues kat pantai!! wakaka


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


what do you think about friendship????  

Kusangka panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahari. Itulah merupakan satu pepatah yang sering kita gunakan untuk mengatakan hajat, kehendak, keinginan dan kemahuan yang tidak dapat direalisasikan dengan sepenuhnya. Harapan menjadi hancur lebur bagaikan lilin yang membakar. Pengharapan itu pula luas konsepnya apabila ingin diperjelaskan secara terperinci dan konkrit. Amat luas pengharapan kita namun kadang-kala ia tidak akan tercapai sepenuhnya. Tajuk kali ini merupakan satu pengharapan perhubungan yang baik dengan seorang sahabat, kawan dan rakan-rakannya. Bila menyebut erti persahabatan banyak dugaan dan halangan ditempuhi bersama. Konflik merupakan satu halangan yang besar dalam bersahabat. Konflik juga merupakan pencetusnya kerenggangan dalam persahabatan. Konflik jugalah yang mampu menguburkan satu-satu harapan dalam persahabatan. Kalau kita bercerita mengenai persahabatan, agaknya apakah yang anda inginkan atau dalam erti kata lain harapkan dan mahukan dalam persahabatan anda? ( sila komen dalam ruangan chat room ).


Bila berjumpa dengan soalan sebegini, saya tidak teragak-agak untuk menjawab “saya inginkan seorang sahabat yang memahami, hidup bersama dalam suka duka, berkongsi kegembiraan dan mampu membawa kita ke jalan yang baik”. Bukan sekadar itu, apa yang kita inginkan dalam persahabatan ialah cara seorang kawan yang tidak hanya mementingkan diri, tidak menyakiti hati kita dan menegur kita bila dalam keadaan yang salah. Semua ini barulah dikatakan seorang sahabat, kawan dan teman sejati bagi kita. Bukanlah kita menjadi seorang kawan yang hanya menjadi kawan bila kita dalam senang dan hilang serta pentingkan diri bila kita dalam kesusahan. Cuba tanya diri, adakah anda mempunyai sahabat, kawan dan teman yang sempurna walau apa jua keadaan pun? Dan tanya juga adakah anda mempunyai sahabat, kawan dan teman yang buruk dari semua aspek tadi? Kalau rupa manusia dikatakan berbeza-beza, tidak juga kurang hati dan perasaan kawan yang berbeza antara satu sama lain. Any agrument??





p/s 10 public questions ( please comment at da chat room beside )


1. Adakah sahabat, kawan dan teman anda memahami anda ?
2. Adakah sahabat, kawan dan teman anda pentingkan diri ?
3. Adakah sahabat, kawan dan teman anda pernah memburuk-burukkan anda ?
4. Adakah sahabat, kawan dan teman anda membuat anda gembira?
5. Adakah sahabat, kawan dan teman anda buat anda terguris hati ?
6. Adakah sahabat, kawan dan teman anda datang bila senang, hilang bila susah ?
7. Adakah sahabat, kawan dan teman anda pernah menipu anda sendiri ?
8. Adakah sahabat, kawan dan teman anda membenci anda disebabkan kekasih ?
9. Adakah sahabat, kawan dan teman anda cemburu tentang kelebihan anda ?
10. Adakah sahabat, kawan dan teman anda merendah-rendahkan anda ?


wif da motto : Kadang-kadang saya gembira dan kadang-kadang saya sedih dengan sahabat, kawan dan teman sendiri.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Bercerita mengenai sifat pemalas dan cara mengatasi  

Rabu, 8 April 2009


Salam semua…


Akhirnya joe dapat juga menulis setelah lama menyibukkan diri ngan tugas akademik dan tugas kelab…penat ….lain cerita, bila saja menjelang akhir semester begini, mulalah diri diselubungi dengan perasaan gerun untuk menghadapi peperiksaan akhir semester dua…tidak sedar dengan peredaran masa yang begitu pantas dan mencemburui diri…bila difikirkan semula rupa-rupanya diri tidak lagi cukup bersedia menghadapi peperiksaan tidak lama lagi..ditambah lagi dengan subjek yang agak membunuh kali ini…namun apa yang pasti setiap apapun keadaan, diri kena bersedia menghadapinya…kata orang, cuba dulu baru tau…sesukar manapun keadaan tu, kita pasti dapat menyelesaikannya walaupun sukar..betul tak? Ahaks…


Ini pula cerita mengenai sikap kita yang sering malas dan sentiasa melakukan perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah..betul tak? Tak taulah, mungkin itulah sifat semulajadi manusia sejak azali yang sering melakukan perbuatan itu…saya sendiri amat sukar mengelak daripada sifat yang buruk ini…bahkan bukan itu sahaja, walaupun tugasan dah siap sepenuhnya tapi masih lagi membuang masa…mungkin kurangnya tekanan pada diri menyebabkan diri semakin leka dengan keadaan..huhu…alahai manusia-manusia…namun malangnya bumi semakin beredar tepat pada paksi dan waktunya tanpa hadnya…lagi satu perangai yang tak dapat dielak nie ialah tabiat yang suka tidur…paling popular sekali tidur kat bilik bila ada ruang-ruang yang mampu menggoda mata, mulut dan badan untuk melentangkan diri atas katil…memangla syok tapi ini akan membangkitkan sikap yang pemalas…biasalah pelajar yang agak berminat dengan semua nie…kadang-kadang malas juga nak bersukan atau bersenam..padahal perkara sebegini mampu menjamin kesihatan badan..pendek kata semuanya malas…bila kita membiasakan diri dengan semua sikap negatif ini, secara tidak langsung akan menjadikan kita manusia yang pemalas dan tidak produktif. Minda akan menjadi lembab dan sepastinya kesihatan akan terjejas…mulalah sakit kepala, demam, badan makin berlemak dan badan lesu sana sini…tidak mustahil juga tabiat buruk ini akan terbawa-bawa di dalam kelas semasa P&P dijalankan…hah…itukah dikatakan pelajar yang berkualiti..fikir-fikirkan…( termasuk diri sendiri )…di sini ada beberapa tips akan membantu anda untuk menghilangkan dan mengikis tabiat buruk ini…

Mengatasi sifat pemalas boleh dilakukan dengan bantuan dari luar dan dari dalam diri anda sendiri….


1. Jika anda malas kerana belum mendapat idea untuk mencapai kesempurnaan tugas, ingatkan diri anda bahawa kesempurnaan memang tujuan yang baik. Tetapi tidak ada satu hal pun yang sempurna di dunia ini. Lebih baik anda mulai bekerja dengan bahan yang ada dan lengkapi hal-hal yang masih kurang dalam proses penyelesaian.

2. Jika anda malas kerana deadline pekerjaan anda masih lama, berusalah ciptakan deadline sendiri yang terjadual. Anda harus sedar bahawa waktu tidak akan berhenti untuk menanti anda sehingga anda habis menyiapkan tugas sendiri. Jika mempunyai tabiat yang suka menunda sesuatu perkara, anda bererti telah mempersia-siakan watu anda sendiri…trust me!!! huhu



3. Cuba menjadikan satu suasana yang menyenang di tempat anda bekerja, mainkan muzik
yang lembut setiap kali anda bekerja atau belajar. Bangkitkan imaginasi dan semangat dengan muzik yang anda putarkan tadi. atau mungkin segelas kopi susu selepas melakukan satu tugas/ belajar. selain itu, anda juga boleh membawa gambar-gambar orang tersayang ke tempat kerja atau semasa belajar kerana ini mungkin akan menaikkan semangat anda untuk maju kehadapan!!





4. Selain itu anda juga boleh memberitahu keluarga, kekasih, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang rapat dengan anda agar memberi peringatan kepada anda bahawa kerjaya anda itu amat penting dan harus diberi perhatian..pendek kata nasihat-menasihati..



5. Jika anda agak bosan dan betul-betul terasa malas, bolehlah mengambil sedikit ruang untuk berehat dengan cara bermain games, bergurau senda dengan rakan-rakan atau perkara lain yang sesuai dalam keadaan itu.



AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Bercerita mengenai sikap pemalas  









Salam semua…





Akhirnya joe sempat juga menulis laman blog ini setelah lama menyibukkan diri ngan tugas akademik dan tugas kelab…penat ….huhuhu...lain cerita, bila saja menjelang akhir semester begini, mulalah diri diselubungi dengan perasaan gerun untuk menghadapi peperiksaan akhir semester dua…tidak sedar dengan peredaran masa yang begitu pantas dan mencemburui diri…bila difikirkan semula rupa-rupanya diri tidak lagi cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi..ditambah lagi dengan subjek yang agak membunuh kali ini…namun apa yang pasti setiap apapun keadaan, diri kena bersedia menghadapinya…kata orang, cuba dulu baru tau…sesukar manapun keadaan tu, kita pasti dapat menyelesaikannya walaupun sukar..betul tak? Ahaks…





Ini pula cerita mengenai sikap kita yang sering malas dan sentiasa melakukan perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah..betul tak? Tak taulah, mungkin itulah sifat semulajadi manusia yang sering melakukan perbuatan itu…saya sendiri amat sukar mengelak daripada sifat yang buruk ini…bahkan bukan itu sahaja, walaupun tugasan dah siap sepenuhnya tapi masih lagi membuang masa…mungkin kurangnya tekanan pada diri menyebabkan diri semakin leka dengan keadaan..huhu…alahai manusia-manusia…namun malangnya bumi tetap beredar tepat pada paksi dan waktu tanpa hadnya…oleh itu masa tidak akan kembali mengikut lawan jam melainkan anda sendiri putarkan jam anda sendiri..huhu...hah, lagi satu perangai yang tak dapat dielak nie ialah tabiat yang suka tidur…paling popular sekali tidur kat bilik bila ada ruang-ruang yang mampu menggoda mata, mulut dan badan untuk melentangkan diri atas katil…memangla syok tapi ini akan membangkitkan sikap yang pemalas…biasalah pelajar yang agak berminat dengan semua nie…kadang-kadang malas juga nak bersukan atau bersenam..padahal perkara sebegini mampu menjamin kesihatan badan..pendek kata semuanya malas…bila kita membiasakan diri dengan semua sikap negatif ini, secara tidak langsung akan menjadikan kita manusia yang pemalas dan tidak produktif. Minda akan menjadi lembab dan sepastinya kesihatan akan terjejas…mulalah sakit kepala, demam, badan makin berlemak dan badan lesu sana sini…tidak mustahil juga tabiat buruk ini akan terbawa-bawa di dalam kelas semasa P&P dijalankan…hah…itukah dikatakan pelajar yang berkualiti...fikir-fikirkan…( termasuk diri sendiri )…di sini ada beberapa tips akan membantu anda untuk menghilangkan dan mengikis tabiat buruk ini…

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster