Sukar disangka hari ini diriku mampu mencoretkan sesuatu untuk blogKu yang sekian lama tidak diUpdate kerana kesibukan. Apa tidaknya lepas saja bulan oktober tahun lepas, diriku mula sibuk+’malas’ nak mencoret sesuatu ke atas blogKu yang kusayangi ini....alhamdulillah kini da semakin free, bolehlah aku berkongsi sesuatu kepada anda semua sebagai santapan kita bersama sahaja. 7 bulan boleh dikatakan terlalu banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku di sana sini. Akibat keBusy’an diriku, aku terlupa nak memperihalkan sesuatu di dalam blog nie...heee. kepada semua pembaca, mohon maaf yer smua...!! hehe
Jika mengimbas kemeriahan raya kali nie, bg diriku sendiri takla sehebat mana…tapi yang pasti ia adalah raya yang paling best skali semenjak aku memijak kaki di bumi UPSI PERAK…apa taknya, orang sabah macam aku agak susah untuk pulang beraya di kampung..maklumla kalian, dengan bajet yang agak ‘cukup-cukup’ makan dan tidak ingin membebankan keluarga semata-mata nak balik kampung beraya…boleh jika dipinta tapi sebenarnya ada lagi lebih penting dari semua tue...oleh itu keputusan paling tepat harus ku pilih?!! Tapi itu dua tahun lalu…Alhamdulillah mungkin rezeki aku dapat beraya di kampung kali ini bersama sanak saudara dan yang paling penting ayah bonda yang tercinta. Lagi menyeronokkan apabila aku balik ke kampung seminggu lebih awal tatkala semua student upsi masih lagi berkuliah seminggu pada waktu itu…memang lucu dan member2 pun agak ‘tabek’ jugala ngan aku dengan keberanianku untuk pulang awal..hehehe…
Tanpa berlengah pada hari jumaat itu, aku terbang ke bumi sabah, saat yang ku nanti2kan walaupun boleh dikatakan aku akan tetap balik sabah bila saja cuti semester…aku tak kisah, yang berlegar2 diminda aku pada waktu itu ‘’aku ingin beraya di sabah kali nie’’…tekadku pada waktu itu dan sebenarnya aku telah plan sejak awal lagi..sebelum puasa lagi aku sudah merancangnya…’’bestnya aku balik kampung kali ni’’ aku bagai terkhayal seketika di dalam pesawat boieng 737 itu….
Setibanya aku sampai di sabah aku lepak dulu di kota kinabalu. Aku telah merancang segalanya untuk aku shopping dahulu di sana dan secara kebetulan aku tidak ada lagi baju raya…hehe..apa lagi !!! 5 hari menghabiskan masa di kota kinabalu tibalah masanya aku terbang pula ke tawau untuk meneruskan perjalananku ke daerah tercintaku semporna…bagi aku, jika aku tidak melihat daerahku ini walaupun beberapa hari, aku bagaikan tidak bernafas…seperti sesak, seperti haus dan seperti tidak lengkap hidupku jika aku berpisah dengannya walaupun aku tahu ianya sementara…tapi apapun jua, beberapa jam selepas itu, aku dijemput dengan wajah kegembiraan ayah bonda di lapangan terbang tawau…
Hari esoknya seluruh umat Islam masih lagi berpuasa dan dua hari hari berikutnya telah diumumkan hari raya aidil fitri iaitu ahad…kegembiraan kami bukan kepalang untuk menyambut kemeriahan suasana hari raya..paling mengembirakan bila saja seluruh kerabat keluarga turut sama berkumpul dihari lebaran…sekitar jam10 diriku terasa dingin, panas dikepala dan agak terketar2…disebalik kegembiraanku aku mula merasa demam…sehinggakan aku semakin teruk pada malam itu dengan muka pusat tangan terketar2 dan muntah2….aku demam panas rupanya..entah di mana puncanya sehinggakan aku sakit sebegitu…diri mula merasa risau jika tidak dapat turut serta menunaikan solat sunat aidilfitri…maklumla, solat raya aidilfitri hanya setahun skali…
Cerita rayaku yang menyedihkan apabila aku tidak dapat beraya seperti yang lain…ke sana kemari menziarahi sanak saudara….aku?? terlantar di katil rumah dengan ubat-ubatan tatkala yang lain bergembira bersama kuih raya…erm..sabar jela…tapi walaupun begitu, aku kuatkan semangat untuk menunaikan solat sunat juga akhirnya…beberapa hari sakit kat umah, ada la juga masa2 aku kuatkan diri untuk beraya…daipada 0?? Mana lebih baik?? Heheheheh….aku gagahkan diri…walaupun sakit pada hakikatnya…kesimpulannya aku tetap berpuas hati…dan 2 minggu lebih beraya di sabah, aku pulang semula ke UPSI untuk berkuliah walaupun 2 hari selepas cuti aku ponteng lagi…hehehehe…lantakla..apa yg ptg bagi aku?? Aku dapat balik kampung!!! Huhuhu..la la la la….
Beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan hikmat jika berpuasa dengan sempurna dan mengikut tertibnya. Bulan Ramadhan juga memiliki malam Lailatul qadar yang penuh seribu kemanisan yang tidak terhingga dan hanya mereka sahaja yang terpilih oleh-Nya dan bertuah pada malam itu. Bulan Ramadhan mengajar umat Islam erti kesabaran dan ketaatan kepada Allah SWT. Menyedarkan umat Islam tentang kesusahan yang dihadapi oleh mereka-mereka yang daif dan miskin.
Bulan mulia ini juga menyeru umat Islam agar melunaskan dan membersihkan harta dengan zakat fitrah untuk membantu golongan-golongan miskin dan fakir serta mereka-mereka yang memerlukannya. Islam begitu menjaga kebajikan semua umatnya agar tidak wujud jurang antara yang kaya dan miskin. Meraka yang kaya dan mampu hendaklah menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan. Keadaan ini menunjukkan Islam amat menitikberatkan keadilan pada semua umat Islam.
Bila kita berpuasa, kita hendaklah menahan makan minum sebelum terbenamnya fajar. Malam sepanjang bulan Ramadhan pula kita disunatkan untuk sembahyang Tarawikh secara berjemaah agar mendapat syafaat daripada ilahi. Sebagai manusia yang lemah, jika sebelum ini kita kurang menjaga tutur kata dan perilaku, bulan inilah sebagai salah satu langkah untuk membimbing kita ke arah yang baik dalam semua hal dan tindakan. Selepas sahaja genap sebulan berpuasa, seluruh umat Islam akan menyambut pula kedatangan bulan syawal iaitu Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh keinsafan dan kemaafan atas semua perbuatan dengan bermaafan-maafan.
ARTIKEL berjudul Benarkah filem Yasmin karya tanah air paling hebat? yang disiarkan dalam ruangan ini pada minggu lalu menerima reaksi yang pelbagai daripada pembaca.Ada yang bersetuju, tetapi ramai juga yang kurang senang dengan artikel itu kerana mempersoalkan kredibiliti Yasmin sebagai pengarah filem. Dari aspek personaliti, kita tidak sentuh sama sekali siapa Yasmin Ahmad. Namun, dari sudut karya, adalah lumrah kalau terus diperdebatkan walaupun pengkaryanya sudah meninggal dunia. Ini berlaku di mana, hatta dalam karya penulisan sastera tanah air.
Oleh itu, kita semua pihak yang memberi maklum balas terhadap artikel itu. Seperti kita katakan, idea Yasmin memang bagus. Niatnya baik. Namun begitu kita tidak membaca, menilai, mengamati aspek sub-teks dalam karya atau persembahan filem Yasmin secara selapis saja, iaitu dengan sekali pandang saja.Dalam banyak isu dan persoalan, kita melihat karya Yasmin sebagai berat sebelah, tidak realistik, menyindir orang Melayu, mengajak orang Melayu dan Islam supaya berfikiran liberal. Semasa hayatnya beliau terbuka dengan kritikan dan teguran. Allahyarham Yasmin tidak mudah melatah berbanding peminatnya.
Apa sekalipun, kita tetap berpendirian karya Yasmin memang baik tetapi bukanlah yang terbaik, jauh sekali hendak dikatakan hebat atau agung. Dalam menilai karyanya, kita tetap mengambil kira citra dan budaya bangsa, khususnya sebagai orang Melayu dan agama Islam.Kita tidak mempersoalkan niat stesen TV menyiarkan slot khas mengenang jasa dan sumbangan Yasmin. Cuma daripada maklum balas umum, apa sebenarnya sumbangan Yasmin terhadap dunia perfileman tanah air secara keseluruhannya?
Kita tidak pasti stesen TV melihatnya sebagai pengkarya filem yang hebat atau pembikin iklan komersial handalan? Kalau sebagai pembikin iklan komersial atau iklan awam, memang betul, dan kita akui Allahyarham Yasmin seorang yang handal dan mengagumkan.Tapi adakah kerana itu stesen TV menyiarkan slot khas mengenang kembali Yasmin Ahmad? Kalau itu ukurannya, kenapa tiada stesen TV yang dengan serta merta akan membuat siaran khas mengenang jasa dan sumbangan Ustaz Asri atau Mohd Asri Ibrahim, pemimpin dan vokalis kumpulan Rabbani yang meninggal dunia, Khamis lalu?
Kita mengalu-alukan inisiatif stesen TV menyiarkan slot mengimbas semula karyawan seni yang sudah meninggal dunia. Tetapi ia mestilah dilakukan dengan adil. Bukan hanya orang tertentu saja. Genre muzik nasyid tidak mendapat layanan sewajarnya oleh stesen radio. Muzik nasyid disifatkan sebagai tidak ada kelas atau dalam istilah sekarang tidak ‘urban’. Malahan mungkin beranggapan muzik nasyid macam muzik kampung.Muzik atau lagu nasyid sekadar menjadi penghias untuk slot masuk waktu solat dan selepasnya. Pengendali stesen radio tidak menilai muzik nasyid secara keseluruhannya iaitu bukan saja muzik tetapi inti pati pada seni kata lagu-lagunya.
Disebabkan layanan tidak adil ini, pergerakan kumpulan nasyid tidak ubah sebagai kumpulan indie. Tapi sekurang-kurangnya sekarang muzik dari kumpulan indie ini sudah mendapat tempat yang lebih baik di stesen radio mahupun TV berbanding dengan muzik nasyid.Realitinya pemergian Ustaz Asri sebenarnya turut menyedarkan kita di mana sebenarnya kedudukan penyanyi atau kumpulan nasyid. Ia jelas menunjukkan mereka tidak dianggap sebagai sebahagian daripada karyawan muzik yang sepatutnya diberi peluang, layanan dan tempat sama seperti pemuzik dan penyanyi lain.
Sebaliknya, genre nasyid seperti kena diskriminasi, terpinggir atau dipinggirkan, hanya diberi peluang muncul musim tertentu saja seperti Aidilfitri, Aidiadha, Ma’al Hijrah, nuzul al-Quran, Maulidur Rasul, persembahan di musabaqah al-Quran dan tidak lama lagi sempena Ramadan. Mungkin tidak dinafikan muzik nasyid agak stereotaip. Ini kita tidak nafikan. Inilah kelemahan yang perlu diperbaiki oleh penggiat nasyid. Namun, Asri bersama-sama Rabbani sudah mengambil langkah jauh ke depan. Beliau membawa genre nasyid ke dimensi baru dengan menjadi lebih segar, dinamik dan bergaya tersendiri. Walaupun masih mengekalkan irama nasyid konvensional - yang memberi penekanan kepada percussion atau muzik bergendang - Asri dari semasa ke semasa terus mengetengahkan perubahan baru sekurang-kurangnya dalam satu atau lagu terbaru nyanyiannya. Lagu Pergi Tak Kembali dan Intifada, misalnya, diketengahkan dengan muzik techno dengan teknologi komputer dan gelombang bunyi (synthesizer).
Namun begitu, lagu-lagu Rabbani masih menghadapi kesukaran untuk menembusi tembok halangan stesen radio. Kalau kumpulan nasyid seperti Rabbani pun menghadapi masalah untuk penyiaran di radio, apatah lagi dengan kumpulan nasyid lain.Jadi, apakah kerana kekurangan maklumat atau ketiadaan dokumentasi mengenai aliran muzik nasyid, terutama mengenai personaliti bernama Mohd Asri Ibrahim menyebabkan stesen TV atau radio mengambil masa untuk membuat program terbitan mengenang kembali Ustaz Asri?