Berakhirnya Pesta Konvokesyen UPSI Sidang-2 2009  

Sabtu, 15 Ogos 2009

Semalam merupakan hari terakhir bagi graduan-graduan UPSI yang menerima anugerah ijazah sarjana muda pendidikan yang melibatkan bidang professional masing-masing. Selama 5 hari menjalankan perkampungan di kampus Azlan Shah, terdapat banyak pengerai-pengerai yang mengambil peluang itu dengan menjual pelbagai jenis pakaian, makanan dan lain-lain.

Bermula pada 11-15 Ogos, pelajar tidak putus-putus untuk memeriahkan lagi pesta yang hanya dijalankan 2 kali setahun itu. Pelbagai acara dan persembahan yang dianjurkan antaranya persembahan artis ternama negara Jaclyn Victor yang memiliki vokal lantang dan hari berikutnya pula oleh Faizal Tahir yang dikatakan hampir melakukan gimik yang menjelekkan pada pandangan mata.

Turut dipersembahkan ialah pencarian UPSI Idol yang melibatkan 5 finalis akhir pada malam keempat itu. Pesta ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat daripada pelajar UPSI walaupun agak ‘sunyi’ pada malam akhir pesta, namun pengunjung luar sekitar Tg.Malim turut sama memeriahkan gerai dan pesta sepanjang pesta konvo berlangsung.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Kehilangan Permata Industri Nasyid Negara-Vokalis Rabbani  

Khamis, 13 Ogos 2009

Foto tengah : Allahyarham Ustz Asri - RABBANI


Bila saja telinga mendengar lagu PERGI TAK KEMBALI , teringat dan terlintas diminda dendangan itu adalah daripada kumpulan RABBANI. Vokalis utama kumpulan itu adalah Allahyarham Ustaz Asri yang disahkan meninggal hari ini ( 13 Ogos / 22 Syaban 1430 ) akibat komplikasi jantung semasa mengendalikan satu rancangan di Angkasapuri pada hari yang sama. Sedih dan pilu terasa kerana kehilangan permata nasyid yang mashyur di negara ini. Sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham agar rohnya bersemadi dengan tenang dan mendapat keredhaan Allah SWT. Amin...

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Kemuncak Kelab Penyayang 2009  

Jumaat, 7 Ogos 2009




Baru-baru ini kami di Kelab Penyayang UPSI telah mengikuti satu persidangan kemuncak Kelab Penyayang peringkat IPT yang menggabungkan beberapa buah universiti seluruh Malaysia. Sejumlah 16 buah IPTA/IPTS yang terlibat daripada 18 kelab penyayang yang wujud diseluruh negara. Antara universiti yang teribat ialah UPSI, UITM Shah Alam, , USM, UMT, UTM, UNISEL, UKM, UNIMAP, UMP, USIM, MSU, UM Kolej Ungku Aziz, UNIMAS, LIMKOKWING, UNIKAL-MIAT, dan UPM.

Bermula pada 31 julai sehingga 02 ogos yang bertempat di Esset Bangi Selangor program ini adalah bertujuan untuk mengadakan satu perjumpaan antara ahli Kelab Penyayang seluruh negara. Persidangan utama ini adalah dibawah kelolaan Yayasan Budi Penyayang Malaysia yang mana bertujuan untuk mempertingkatkan lagi usaha semua ahli kelab mencapai misi dan visi kelab masing-masing khususnya dan Yayasan Budi Penyayang secara amnya yang menekankan aspek kebajikan masyarakat yang melibatkan tiga golongan utama iaitu anak-anak yatim, orang kurang upaya ( OKU ) dan warga emas.

Selama 3 hari 2 malam menjalani perkampungan di Esset Bangi, pelbagai LDK yang dijalankan meliputi aspek kerjasama dalam kumpulan, kepimpinan dan ketepatan masa. Antara fasilitator yang menjayakan aktiviti ini ialah En. Anas Zubedy dan tidak kurangnya Dr.Reevany Bustami yang mengetuai aktiviti ice breakers. Kemuncak persidangan ini ialah dengan ikrar semua ahli kelab Penyayang dan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada peserta serta sesi bergambar bersama semua pengawai Yayasan Budi Penyayang dan seluruh IPT yang terlibat.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Over Night Kat Kuala Lumpur  

Baru-baru nie aku mendapat satu pengalaman yang tidak dapatku lupakan. Ntahlah sama ada ia adalah pengalaman yang manis atau pahit susah untuk dipastikan. Aku pergi kat KL untuk membeli belah sehinggakan aku dan member tak ingat dunia untuk balik kat Tg.malim!!! hahaha…gile ker aper!!! Korang nak tau, bukan main subuh lagi kitorang bertolak dari stesen kereta api Tg.Malim ke KL. Sampai jer KL apa lagi kitorang xbuang masa untuk merebut mega sale yang hangat di pusat beli belah kat KL. Destinasi pertama adalah Sogo!! Haha…sampai round KL xingat dunia xnak balik Kolej da. Sebab apa ek? Xde bas da lewat malam jam11~~!!!! Kitorang pun cool jer n then planning tido jerk at KL Sentral!!! Kesian bukan kepalang macam anak-anak terbiar jerk!!! Hahaha…ada yang mengingau kesian joe tgk..hehe…pas 2 kan, kena halau oleh pak guard xbole tido kat kawasan KL Sentral except kat luar n Warung n McD!!! Kitorang pun xpikir panjang, pas 2 buat keputusan tido jer kat McD!! Hehe….sampai kesubuh kat sana, ntah pape la hidup nie….hehehe…pagi jer xbuang masa terus balik Tg.Malim mcm nak mampus…xlarat+ngantok!! Hahaha…dorang kata, xnak ikut korang lagi g KL, gile sbb shoping jerk!!!

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster