Menderma darah satu kebajikan  

Khamis, 16 Julai 2009

Pic 1: Proses memasukkan jarum tepat diurat lenggan


Pic 2 : Lega

Adakah anda sihat? Kalu ya apa buktinya anda sihat? Nampak luaran baik tetapi adakah anda berfikir bahawa dalamannya pun baik? Adakah anda sakit? Apa buktinya pula sekiranya anda sakit? Banyak persoalan-persoalan yang timbul jika anda berfikir secara mendalam lagi. Tetapi apapun jua, jika anda melakukan pemeriksaan kesihatan, ia merupakan langkah yang terbaik bagi memastikan bahawa anda sihat luar dan dalam. Bukan ‘dalam’ tu pulak!! Hehe…istilah ‘dalam’ dalam konteks ini ialah kesihatan dalaman kita agar kita bebas daripada penyakit. Oleh itu, kita harus sentiasa peka terhadap kesihatan masing-masing. Selain itu, sekiranya anda benar-benar disahkan SIHAT tubuh badan, apalah salahnya sekiranya kita menderma darah kepada tabung darah negara. Realitinya, pengorbanan anda itu mampu menyelamatkan mereka-mereka yang memerlukan. Bukan setakat mendapat SIJIL derma darah, sepastinya anda akan mendapat pahala yang besar kerana niat anda ingin membantu mereka-mereka yang memerlukan. Akhirnya, saya ingin menyeru agar anda MENDERMALAH DARAH, KERANA DARAH MENYELAMATKAN NYAWA…hehehe

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Mengutamakan soal KERJA-KERJA KEBAJIKAN  


Bila kita menyebut mengenai kerja kebajikan, banyak perkara yang terlintas diminda kita. Kebiasaannya kerja kebajikan senonim dengan sifat yang mulia, simpati, membantu, ikhlas dan banyak lagi perkara yang boleh diklasifikasikan dengan kebajikan ini. Namun perkara utama yang ditekankan dalam hal ini ialah mengenai penghayatan dalam diri sendiri mengenai konsep kebajikan itu. Apa yang diperkatakan disini ialah, kerja kebajikan ini sebenarnya memerlukan keikhlasan yang setulusnya dalam diri setiap manusia agar apa yang disumbangkan itu memberi makna dan erti pengorbanan yang sebenar-sebenarnya.

Kini, terdapat pelbagai isu mengenai kebajikan dalam persekitaran masyarakat kita pada hari ini. Kebajikan telah dijadikan satu ruang politik yang mana individu di dalamnya mempunyai motif-motif tertentu demi kepentingan sendiri. Nampak saja ‘mulia’ di luarnya, tetapi ‘keji’ di dalamnya. Begitu gambaran manusia-manusia yang memiliki jiwa kotor ini demi kepentingan mereka sendiri. Oleh itu, apa yang hendak diperkatakan oleh penulis ialah, kita harus menjadikan diri kita sebagai insan yang berjiwa murni di ‘dalamnya’ tanpa motif tertentu melainkan niat yang baik dan ikhlas semata-mata inginkan keredhaan. Sebagai mahasiswa berintelek, kita harus menjadikan kerja-kerja kebajikan ini sebagai salah satu keperluan rohani dalam kehidupan seharian. Membantu dan memahami masyarakat luar akan membuka lagi pemikiran dan pemahaman kita mengenai erti kebajikan yang sebenar. Sokonglah mana-mana badan yang memperjuangkan hak asasi manusia dan sertailah mereka dengan satu suara. Maka saya menyeru sertailah kami di KELAB PENYAYANG UPSI agar anda lebih berjiwa terbuka dan kental mentalitinya…hihi, SALAM

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Mulakan suatu yang baru  

Jumaat, 10 Julai 2009


Salam pertemuan semua…

Pejam celik pejam celik kita dah mula untuk meneruskan pengajian di semester yang baru. Semester yang sudah pasti memberikan sinar harapan yang baru kepada kita semua. Setelah berpenat lelah di semester yang lalu, kini tibalah masanya untuk menghadapi ia kembali selepas sahaja kita diberikan masa untuk merehatkan minda yang selama ini dilanda tekanan yang pelbagai. Lantaran itu, lembaran baru harus dimulakan. Lembaran yang memiliki semangat yang jitu dan matlamat yang lebih segar lagi agar ia berada tepat pada paksinya. Ditambah dengan jiwa yang lebih kental, saya berharap agar kita sama-sama meningkatkan lagi usaha pada tahap yang optimum. Bukan sekadar usaha pada akademik sahaja, bahkan usaha yang lebih holistik sejajar dengan kegiatan kokurikulum.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster