Mengutamakan soal KERJA-KERJA KEBAJIKAN  

Khamis, 16 Julai 2009


Bila kita menyebut mengenai kerja kebajikan, banyak perkara yang terlintas diminda kita. Kebiasaannya kerja kebajikan senonim dengan sifat yang mulia, simpati, membantu, ikhlas dan banyak lagi perkara yang boleh diklasifikasikan dengan kebajikan ini. Namun perkara utama yang ditekankan dalam hal ini ialah mengenai penghayatan dalam diri sendiri mengenai konsep kebajikan itu. Apa yang diperkatakan disini ialah, kerja kebajikan ini sebenarnya memerlukan keikhlasan yang setulusnya dalam diri setiap manusia agar apa yang disumbangkan itu memberi makna dan erti pengorbanan yang sebenar-sebenarnya.

Kini, terdapat pelbagai isu mengenai kebajikan dalam persekitaran masyarakat kita pada hari ini. Kebajikan telah dijadikan satu ruang politik yang mana individu di dalamnya mempunyai motif-motif tertentu demi kepentingan sendiri. Nampak saja ‘mulia’ di luarnya, tetapi ‘keji’ di dalamnya. Begitu gambaran manusia-manusia yang memiliki jiwa kotor ini demi kepentingan mereka sendiri. Oleh itu, apa yang hendak diperkatakan oleh penulis ialah, kita harus menjadikan diri kita sebagai insan yang berjiwa murni di ‘dalamnya’ tanpa motif tertentu melainkan niat yang baik dan ikhlas semata-mata inginkan keredhaan. Sebagai mahasiswa berintelek, kita harus menjadikan kerja-kerja kebajikan ini sebagai salah satu keperluan rohani dalam kehidupan seharian. Membantu dan memahami masyarakat luar akan membuka lagi pemikiran dan pemahaman kita mengenai erti kebajikan yang sebenar. Sokonglah mana-mana badan yang memperjuangkan hak asasi manusia dan sertailah mereka dengan satu suara. Maka saya menyeru sertailah kami di KELAB PENYAYANG UPSI agar anda lebih berjiwa terbuka dan kental mentalitinya…hihi, SALAM

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster