Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1430 H  

Selasa, 10 Mac 2009



Pengertian


Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1 - Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2 - Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3 - Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4 - Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5 - Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6 - Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7 - Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8 - Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9 - Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Program Masyarakat Tautan Mesra Penyayang 2009  

Selasa, 24 Februari 2009

Menggamit memori indah Penyayang & orang kampung


Menghulur sumbangan


Sukaneka bersama orang kampung


Beliawanis Kg.Kelawar VS Penyayang


Sumbangan ikhlas Penyayang

Kelab Penyayang bersama komuniti



Program Tautan Mesra Penyayang merupakan satu program khidmat masyarakat yang melibatkan beberapa ahli kelab penyayang bersama-sama penduduk Kg.Kelawar Tg.Malim, Perak. Program seumpama ini adalah bertujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dengan mengerjakan aktiviti-aktiviti amal dan mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa dengan komuniti kampung. Dengan pelaksanaan aktiviti sebegini, ia bukan sahaja mampu mengisi masa lapang mahasiswa dengan perkara berfaedah bahkan ia turut memberikan sejuta pengalaman pada mahasiswa sendiri dalam melakukan program secara sukarela yang mungkin tidak dapat dilupakan. Selain itu, kita juga turut mengetahui kehidupan sebenar masyarakat luar yang mungkin agak berbeza dengan cara dan budaya di kampung sendiri dan sepastinya ia akan memberikan nilai dan pengetahuan yang berguna kepada mahasiswa. Orang selalu menyebut, Apa salahnya kita berkhidmat sambil beramal? Budaya sebeginilah yang harus disemai kedalam diri khususnya kepada belia muda kita agar minda dan jiwa tidak menjadi kosong dan ketandusan nilai-nilai kerohanian. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara kita yang menekankan aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani yang mampu menjadikan kita “minda cergas dan jiwa yang sihat”. Inilah yang dikatakan sebagai nilai tambah yang seharusnya kita miliki sebagai modal untuk menjadi insan yang lebih produktif dan mantap secara keseluruhannya. Sering kita mendengar saranan kerajaan yang menyeru agar belia kini mampu memiliki ‘modal insan’ yang sempurna dan tidak terjebak dengan budaya tidak sihat dan merugikan diri sendiri. Tidak salah sekiranya kita melakukan kerja-kerja amal dan sepastinya setiap yang baik itu akan memberikan pulangan yang baik juga. Bukan setakat memberi kepuasan pada diri sendiri bahkan turut memberikan motivasi kepada diri agar terus maju kehadapan. Pepatah mengatakan, “jauh perjalanan luas pemandangan”.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Perhimpunan bantahan UPSI terhadap kekejaman Israel 2009  

Jumaat, 30 Januari 2009

Kain rentang : Bantahan kekejaman Israel

Tegas : Perhimpunan pelajar USPI terhadap bantahan serangan Israel

Sesak : Rasa tidakpuas hati pelajar UPSI terhadap kekejaman Israel


Israel kejam tanpa mengenal usia

Israel yang kejam

Tidak berperikemanuasiaan


Baru-baru ini seluruh warga UPSI telah melakukan perhimpunan dan perarakan tanda ketidakpuastian terhadap kekejaman serangan tentera Israel terhadap Palestine. Kira-kira jam 8.30 am para kakitangan dan pelajar USPI telah berkumpul di padang utama kampus. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Dato' Dr. Aminah Bt Ayob yang turut sebulat suara untuk membantah kekejaman Israel terhadap warga palestine. Semasa perhimpunan tersebut, kelihatan kesungguhan pelajar melalui mesej yang mereka paparkan "boikot Israel, Save Palestine, Love Islam" pada kain rentang putih menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Israel yang tidak berperikemanusiaan. Bukan sekadar kain rentang sahaja, bahkan pelajar menunjuk perasaan melalui poster-poster dan laungan suara "Allahu Akhbar". Perhimpunan tersebut telah didatangi oleh wartawan TV1 dan telah mendapat liputan luas daripada pihak media. Selain itu, terdapat juga tindakan lain yang telah diambil yang menunjukkan ketidakpuas hatian mereka terhadap Israel seperti memboikot barangan luar.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Berakhirnya misi kembaraku...  

Khamis, 30 Oktober 2008

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster