Bersama Ketua Menteri Sabah....  

Sabtu, 20 September 2008

Majlis berbuka puasa mahasiswa/i di semenanjung Malaysia - PWTC


Kenangan abadi bersama Ketua Menteri Sabah YAB Dato' Musa B. Aman


Sempena majlis berbuka puasa bersama menteri Sabah


Satu majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sabah YAB Dato' Musa Bin Aman telah diadakan pada 20.09.2008 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) . Majlis ini telah mengumpulkan pelajar-pelajar Sabah yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta di semenanjung Malaysia. Berdasarkan sifat keperihatinan YAB Dato', maka majlis berbuka puasa ini telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Selepas sahaja menjamu selera, dif kehormat dan mahasiswa/i telah menunaikan solat fardu dan sunat tarawikh di surau Dewan Putra. Selain itu, YAB Dato' sempat memberi ucapan dimajlis itu sebelum memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada para pelajar. Majlis berakhir kira-kira jam 11 malam dan diakhiri dengan sesi bersalam-salaman bersama semua tetamu VIP yang hadir dimajlis iu.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Bermulanya disini.....  

Rabu, 17 September 2008

Presiden Kelab Penyayang UPSI sesi 08/09


Mantan Presiden Kelab Penyayang UPSI




Barisan kepimpinan Kelab Penyayang UPSI sesi 08/09



Barisan ahli Kelab Penyayang UPSI 07/08



Pada tanggal 20.07.2008 merupakan tarikh bersejarah apabila pucuk pimpinan Kelab Penyayang UPSI telah dibubarkan bagi pemilihan majlis tertinggi sesi 08/09. Bekas mantan presiden kelab saudara Hairul telah menyerahkan mandat itu kepada saudara Johari semasa mesyuarat agong kali ke-3 diadakan bagi meneruskan perjuangan sebagai presiden kelab yang baru. Bergelar presiden kelab bukanlah suatu yang mudah, selain memikul tanggungjawab dan amanat yang diberikan, kita haruslah sentiasa cekal dalam menerima tomahan dan kritikan daripada orang sekeliling bila mana setiap perancangan yang kita lakukan tidak berjaya sepenuhnya. Cabaran ini lagi getir apabila komitmen yang diberikan oleh setiap ahli kelab tidak mencapai matlamatnya. Namun apa yang penting ialah kegigihan dan kesabaran perlu ditanamkan dalam diri agar menjadi benteng dalam menangkis segala kritikan yang dilemparkan oleh orang lain.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Persidangan Kelab Penyayang peringkat IPT...  

Isnin, 15 September 2008



Gambar kenangan bersama Pn.Nori Abdullah anak kepada PM Malaysia.

kelab penyayang yang menggabungakan beberapa buah IPTA di Malaysia.


Baru-baru ini saya telah menghadiri persidangan Kelab Penyayang yang menggabungkan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia dibawah naungan Yayasan Budi Penyayang Malaysia bertempat di Esset Bangi Selangor. Persidangan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada semua ahli Kelab untuk sama-sama berkongsi pengalaman masing-masing. Antara universiti yang terlibat ialah UPSI, UKM, UM, UTEM, USIM, USM, UUM, UNIMAP, UMT, UNIMAS, UNISEL, MSU, Lim Kokwing dan banyak lagi.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Regatta Lepa...  

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Design by Amanda @ Blogger Buster